GEORGE TOWN: Jumlah pendapatan pelancongan perubatan Pulau Pinang meningkat secara eksponen berbanding RM66 juta yang direkodkan semasa 2021 kepada RM285 juta pada 2022 selepas pembukaan semula sempadan antarabangsa negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata Indonesia sentiasa menjadi pasaran sumber utama bagi pelancongan perubatan Pulau Pinang, memandangkan persamaan bahasa dan budaya.
"Dalam tempoh 11 bulan pertama 2022, Pulau Pinang mengalu-alukan ketibaan perubatan antarabangsa seramai 144,975 yang mana Indonesia menyumbang 54 peratus, diikuti Bangladesh dan India.
"Bagi memudahkan perjalanan antara Indonesia, kami telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) antara Penang Centre of Medical Tourism (P.MED) dengan Citilink Airlines, yang akan membawa lebih ramai pelancong perubatan ke Pulau Pinang," katanya pada majlis pelancaran video P.MED dan pemeteraian MOU kerjasama dengan PT Citilink Indonesia yang disaksikan oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow di sini hari ini.
Hadir sama adalah Konsul Jeneral Republik Indonesia Bambang Suharto, Konsul Jeneral Konsulat Jeneral Diraja Thailand Khun Raschada Jiwalai serta Ketua Pegawai Comercial dan Kargo Citilink Airlines Ichwan F. Argus termasuk Naib Presiden Jualan dan Pengedaran Citilink Emir Bustamam.
Sementara itu, Chow berkata walaupun angka yang dicapai tahun ini masih belum melepasi paras sebelum pandemik COVID-19, kedatangan semula pelancong perubatan ke Pulau Pinang adalah amat menggalakkan.
"Kami telah meraih hampir 50 peratus daripada apa yang kami perolehi pada 2019. Ini sangat baik untuk ekonomi negeri. Ia juga sesuatu yang amat kami banggakan, kerana ia menunjukkan bahawa Pulau Pinang adalah selamat sebagai destinasi pelancongan dan kami terus menarik pengunjung kerana tawaran yang ada amat banyak," katanya.
Berdasarkan maklumat daripada Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), sejak 2015 hingga 2019, industri itu telah berkembang pada kadar pertumbuhan purata kumulatif sebanyak 17 peratus.
Beliau berkata pada 2019, Pulau Pinang menerima hampir 480,000 pelancong perubatan, menjana pendapatan RM730 juta dan ini menyumbang lebih kurang 50 peratus kepada jumlah pendapatan Malaysia daripada pelancongan perubatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2023
Yeoh Soon Hin berkata Indonesia sentiasa menjadi pasaran sumber utama bagi pelancongan perubatan Pulau Pinang, memandangkan persamaan bahasa dan budaya.
Guna data pendaftaran kenderaan milik golongan sasar, elak ketirisan subsidi diesel - MCW
Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel umemerlukan pelaksanaan teliti dan kawalan ketat bagi mengelakkan ketirisan.
Faisal Halim semakin positif, dijangka keluar hospital beberapa hari lagi
Faisal dijangka dapat kembali beraksi semula dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi bergantung kepada pemulihannya.
To Lam angkat sumpah Presiden baharu Vietnam
Presiden Vietnam yang baru dipilih, To Lam mengangkat sumpah jawatan pada Rabu.
Anak, bekas setiausaha politik MB Perlis didakwa esok - Azam Baki
Anak dan bekas setiausaha politik Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000, esok.
Anggota Rabbani, Nazrul Azhar meninggal dunia
Pemergian Nazrul disahkan menerusi kemas kini di akaun Facebook rasmi kumpulan itu, sebentar tadi.
Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi
Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam.
Sambutan harmoni tanpa bimbang
Penganut Buddha bersama keluarga masing-masing mula mengunjungi kuil pada awal pagi bertujuan melaksanakan upacara keagamaan di Dewan Persatuan Buddha Gua Musang.
NRES tekad kukuh agenda pemuliharaan biodiversiti
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertekad untuk mengukuhkan agenda pemuliharaan biodiversiti di negara ini.
Kerajaan ambil langkah berhati-hati, elak rakyat terjejas
Penyelarasan subsidi dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan penghapusan subsidi diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Sheriff: 'Watak dia sebenarnya tak kelakar' - Syafiq Yusof dedah sisi lain Zul Ariffin
Syafiq juga menyenaraikan dua pelakon wanita yang paling dia suka bekerjasama iaitu Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz.
Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF
Ketibaan pelancong asing dan sumbangan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka akan kembali ke paras pra-pandemik tahun ini.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.